Monday, November 20, 2006

Adam & Hawa - Fragmen 1

"Assalamualaikum...."sapaku kepada seorang wanita yang sedang duduk sambil mengamati fail dihadapannya. Pejabat itu kecil sahaja.
"Waalaikumussalam...' balasnya. Wanita di hadapanku ini kelihatan anggun. Dia hanya memakai baju kurung corak bunga-bunga kecil warna lembut.
"Nak cari siapa?"
"Nak cari Cik Norazah."
Dahinya berkerut."Ya, saya Norazah. Awak siapa?"
Aku menarik nafas panjang. "Saya Ain Hawani. Saya datang untuk temuduga jawatan guru sementara di sini." Aku menghulurkan tangan bersalaman.
Riak wajahnya menunjukkan dia baru tersedar akan sesuatu. "Allhamdulillah. Kak Zah ingatkan Ain tak datang sebab sepatutnya Ain datang pukul 8.30 pagi tadi. Dah dekat sejam baru sampai. Ada masalah ke?"
Aku terkejut. " Saya diberitahu, temuduga saya pukul 9.30 pagi, bukan 8.30."
Giliran wanita muda dihadapanku yang membahasakan dirinya Kak Zah pula terkejut.
"Eh? Ya ke? Rasanya temu duga untuk Ain 8.30," gumamnya sambil berfikir. Tapi kemudian, bibirnya menguntumkan senyuman. Tak apalah. Ain pun dah ada di sini, kita mulakan saja temu duga."
Aku mengangguk terus bersetuju.
Kak Zah bergerak dari meja kerjanya. "But give me a minute. Kak Zah nak settlekan sesuatu sekejap. Then I will get back to you. Oh ya, ini ada borang untuk Ain isi particulars. In the meantime, Kak Zah keluar kejap, okey," ujarnya sebelum meninggalkan aku keseorangan di pejabatnya.
Aku mengangguk. Kak Zah keluar dan aku menatap borang yang dihulurkan sebentar tadi.

Sementara menunggu Kak Zah kembali semula dan memulakan temuduga, aku mengambil kesempatan melihat sepintas lalu keadaan dan suasana sekeliling di situ.
Aku melontarkan pandangan pada dinding di kri dan kananku. Hampir kesemua gambar yang tergantung dan diletakkan di dinding adalah hasil lukisan tangan daripada kanak-kanak yang baru belajar memegang berus dan pensel. Ternyata mereka berjaya menghasilkan lukisan yang cantik dengan adunan pelbagai warna terang dan garang.
Perhatianku beralih pula pada sebuah lukisan yang agak menarik. Aku pasti objek lukisan itu, tetapi ia gambaram seekor haiwan. Adakah ia gambar seekor beruang?
Aku mengamati lukisan itu dengan lebih dekat. Aku cuba merenung dan meneka apa yang cuba disampaikan oleh si kecil melalui lukisan itu kepada cikgunya.
"Itu dinosaur kacukan. Ada rupa anjing sikit, rupa kucing sikit, ada rupa burung sikit. It's all that. But definitely a dinosour from 5 years old little boy point of view.: Satu gurauan milik seorang lelaki kedenganran dibelakangku.
Terkejut dengan sapaam itu, aku pantas berpaling hingga tidak sedar pergerakanku itu menyebabkan bebarapa helai kertas di atas meja berterbangan dan jatuh ke lantai.
'Ya ALLAH.... kenapa jadi macam ni? Malunya!!!'
Aku tidak sanggup menatap wajah empunya suara itu. Pantasa aku tunduk dan mengutip semua kertas yang bertaburan. Lagak dan pergerakanku seperti dikejar hantu. Kalaulah Kak Zah tahu...
Lelaki itu tiba-tiba ketawa.
Tanpa perlu melihat wajahnya, aku yakin benar suara milik lelaki tadi. Dia berjalan dan berhenti di hadapanku. Lantas, dia tunduk dan membantu aku mengutip kertas-kertas itu. Untuk sesaat, mata kami bertautan tanpa sebarang kata. Jiwaku gundah tiba-tiba.Begitu juga dengan jantung yang berdegup kencang tanpa amaran. Aku rasa kekok kerana kedudukannya yang sungguh dekat denganku. Malah, aroma pewangi ditubuhnya sudah mencuit deria bauku.
"Hebat gaya awak berpusing tadi! Kertas pun boleh melayang. Kalau awak buat iklan syampu macam ni, tentu ramai yang nak beli syampu yang awak pakai. Bau syampu pun wangi," komennya bersahaja.
Mana mahu aku sorokkan wajahku ketika ini? Pipiku mula terasa bahang. Malunya...
Dia bangun. Aku juga bangun sesudah mengutip kertas-kertas yang bertaburan.
Siapa awak ni?" Pandangannya tajam sekali, bagai menusuk hingga ke jantung.
"Saya datang untuk temuduga sebagai guru sementara di sini," balasku. Mujur nada suaraku tetap sama, biarpun aku sbenarnya gementar berada di depannya.

bersambung.....